Sunday, August 24, 2014

SEDIKIT PANDUAN

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat bagaimana untuk memilih dan membeli Insuran dan Takaful yang terbaik untuk anda dan keluarga

  1. Pastikan produk tersebut dibeli daripada syarikat yang memang dah terkenal dalam industri Insuran dan Takaful.
  2. Pastikan anda faham sepenuhnya dan tahu tentang apa yang anda beli sama ada pampasan kematian, kemalangan elaun tambahan dan sebagainya
  3. Jangan membeli produk yang ditawarkan melalui TELEFON samaada pemotongan akaun bank atau kad kredit sebab amatlah jarang produk ini dapat membantu anda.
  4. Jika anda memilih Kad perubatan pastikan had tahunan dan seumur hidup yang tinggi kerana jika anda terkena penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi anda sudah bersedia.
  5. Jika anda mempunyai Kad perubatan yang disediakan oleh majikan anda PASTIKAN ANDA MENGAMBIL SENDIRI KAD PERUBATAN KERANA SEKIRANYA ANDA DISAHKAN TERKENA PENYAKIT TIADA LAGI SYARIKAT INSURAN/TAKAFUL YANG AKAN MELULULUSKAN PERMOHONAN ANDA.
  6. Pastikan anda membeli kad perubatan yang ada term 'DIJAMIN PEMBAHARUAN' kerana jika anda membeli kad perubatan yang dibayar setahun kemungkinan besar syarikat insuran tersebut tidak lagi meluluskan pembaharuan apabila anda disahkan terkena sebarang penyakit Kritikal.
  7. Jangan membeli Kad Perubatan yang ada perkataan 'PEMBAYARAN BALIK" kerana anda terpaksa mengeluarkan duit anda sendiri untuk membayar bil tersebut. Syarikat Insuran/Takaful hanya membayar balik kos yang telah anda keluarkan.

SEMOGA PANDUAN INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK

No comments:

Post a Comment